Sunday 24 February 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON SITIAWAN 2

SK Gugusan Lekir telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Sitiawan 2. Majlis ini telah selamat diadakan pada 21 Februari yang lalu. 3 acara telah dijalankan iaitu Tilawah, Hafazan dan Bercerita. Sebanyak 10 buah sekolah di Zon Sitiawan ini telah mengambil bahagian.


Pendaftaran peserta
 
 Pertandingan Hafazan

 Pertandingan Tilawah


Pertandingan Bercerita
 

Tahniah kepada para pemenang. Semoga majlis ini dapat melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Tuesday 19 February 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

Pelancaran Program Nilam ini telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi Isnin (18 Feb 2013). Program ini telah dilancarkan oleh Encik Mohd Yunus bin Abd Aziz (PK Pentadbiran).

Ucapan pelancaran oleh En. Mohd Yunus bin Abd Aziz (PK Pentadbiran)


Murid-murid mendengar ucapan


Nyanyian lagu Nilam

Tuesday 12 February 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH MANJUNG

Pihak sekolah telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara merentas desa peringkat daerah pada 7 Feb 2013 yang lalu.
Persiapan bermula 2 minggu lebih awal. Pengurus, staf dan penduduk Felcra Gugusan Lekir juga telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti ini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini.
Tahniah kepada semua pemenang acara merentas desa ini. Tahniah juga kepada Pasukan Perempuan SKGL iaitu Nazatul Waheeda, Nur Suhaila, Nik Noraini Eznida dan Nur Amira yang telah mendapat tempat ketiga (berpasukan) dalam acara pada hari ini.

sebelum acara dimulakan

Para peserta bersedia di tempat permulaan

bersukan sambil menikmati keindahan alam sekitar... :)

Tahniah!!! Anda telah sampai ke garisan penamat...

Ucapan Perasmian Penutup



Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada Perasmi Penutup.
Tahniah dan terima kasih...!!!
Penghargaan juga kepada jurugambar yang bertugas pada hari ini...