Friday 4 October 2013

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2013




SKGL akan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada 7 Oktober 2013, jam 7.45 pagi di dewan sekolah. Bulan Bahasa Kebangsaan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu.

Tuesday 10 September 2013

KEJAYAAN BAKAL TERCIPTA....


Mulai 10 September hingga 12 September, murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR. Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan anda semua...

USAHA - SOLAT - DOA - TAWAKKAL

Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN KAREEM



Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua warga SKGL serta muslimin dan muslimat. Sekolah bercuti pada hari ini...10 Julai 2013..

Friday 5 July 2013

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-20



Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SKGL kerana telah bertungkus lumus menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-20 pada 4 Julai 2013. Terima kasih juga kepada ibu bapa / penjaga serta hadirin yang hadir bagi memeriahkan kejohanan ini. Tahniah juga kepada semua pemenang......

Friday 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini telah disambut dengan meriah pada 16 Mei (Khamis). Acara dimulakan pada pukul 10.00 pagi di dewan sekolah.



Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Transformasi Pendidikan Negara


Gambar atas kiri : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis - Pn. Kauthar bt Ismail
Gambar atas kanan : Ucapan wakil murid - Muhammad Faqhrul Fahmy b. Arbain
Gambar bawah kanan : Ucapan Wakil Guru - Pn. Noor Azizawati Sanusi
Gambar bawah kiri : Ucapan Guru Besar - Pn. Aminah bt Abd Jabar


Barisan guru-guru SKGL


Persembahan murid Tahun 1 dan Tahun 2


Persembahan murid Tahun 3 dan Tahun 4


Persembahan murid Tahun 5 dan Tahun 6


Penyampaian hadiah dan pertukaran hadiah


Jamuan guru-guru dan PIBG

Wednesday 17 April 2013

MAKLUMAN

Pihak sekolah akan mengadakan PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN pada 18 APRIL 2013 bermula jam 8.00 pagi.
Program ini bertujuan untuk berkongsi panduan atau tips-tips bersama guru-guru dan ibu bapa sebagai persediaan membantu anak-anak menghadapi UPSR tahun ini.
Oleh itu, dijemput semua ibu bapa/penjaga murid-murid Tahun 6 untuk meluangkan masa menghadiri program ini.

IBU BAPA BIJAK, ANAK HEBAT

Friday 22 March 2013

Klik-klik Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23

Tarikh     : 20 Mac 2013
Tempat   : Dewan Sri Gugusan, SKGL
Perasmi  : Tuan Haji Ahmad Nahar bin Haji Md. Yatim (Pengurus Felcra Berhad Kaw. Lekir)

Pendaftaran

Penyampaian cenderamata kepada AJK PIBG 2010/2012

Ucapan Perasmi dan YDP PIBG

Barisan AJK

Tuesday 19 March 2013

MAKLUMAN..

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 akan diadakan pada 20 MAC 2013 (Rabu). Sehubungan itu, semua murid dan guru dibenarkan pulang pada pukul 12.05 tengahari.
Semua ibu bapa dan guru SKGL dijemput hadir pada mesyuarat ini yang bermula pada pukul 2.30 petang...

Sunday 24 February 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON SITIAWAN 2

SK Gugusan Lekir telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Sitiawan 2. Majlis ini telah selamat diadakan pada 21 Februari yang lalu. 3 acara telah dijalankan iaitu Tilawah, Hafazan dan Bercerita. Sebanyak 10 buah sekolah di Zon Sitiawan ini telah mengambil bahagian.


Pendaftaran peserta
 
 Pertandingan Hafazan

 Pertandingan Tilawah


Pertandingan Bercerita
 

Tahniah kepada para pemenang. Semoga majlis ini dapat melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Tuesday 19 February 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

Pelancaran Program Nilam ini telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi Isnin (18 Feb 2013). Program ini telah dilancarkan oleh Encik Mohd Yunus bin Abd Aziz (PK Pentadbiran).

Ucapan pelancaran oleh En. Mohd Yunus bin Abd Aziz (PK Pentadbiran)


Murid-murid mendengar ucapan


Nyanyian lagu Nilam

Tuesday 12 February 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH MANJUNG

Pihak sekolah telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara merentas desa peringkat daerah pada 7 Feb 2013 yang lalu.
Persiapan bermula 2 minggu lebih awal. Pengurus, staf dan penduduk Felcra Gugusan Lekir juga telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti ini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini.
Tahniah kepada semua pemenang acara merentas desa ini. Tahniah juga kepada Pasukan Perempuan SKGL iaitu Nazatul Waheeda, Nur Suhaila, Nik Noraini Eznida dan Nur Amira yang telah mendapat tempat ketiga (berpasukan) dalam acara pada hari ini.

sebelum acara dimulakan

Para peserta bersedia di tempat permulaan

bersukan sambil menikmati keindahan alam sekitar... :)

Tahniah!!! Anda telah sampai ke garisan penamat...

Ucapan Perasmian Penutup



Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada Perasmi Penutup.
Tahniah dan terima kasih...!!!
Penghargaan juga kepada jurugambar yang bertugas pada hari ini...

Friday 25 January 2013

SALAM MAULIDULRASUL


Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena hari kelahiran baginda..